Monday, July 8, 2013

Minggu ini kami akan bincangkan tentang tasawwur umat Islam.

Biasanya, orang selalu pandang rendah terhadap kompang. Sebenarnye, musik adalah HARAM bagi umat islam. Dari situ kite dapat mempelajari apakah tassawur umat Islam itu.

Ramai yang mengambil ringan terhadap kompang. Tetapi minggu ini kami kupaskan rahsia sebenar adalah tiada tuhan bagi allah atau Hasbi Robbi. Sememangnye perkara ini tidak dibenarkan. Lalu, ramai yang mengambil kompang syabab yang pasti akan berjaya.

Tetapi zaman kini, maksud kami ialah trend masa kini adalah berunsurkan keagamaan. Apakah itu berunsurkan keagamaan itu? Selalunya trend masa kini adalah musik. Dan dari musik itu kita dapat bincangkan tentang tasswur umat Islam. Walaupun kami pernah blog, tidak ramai yang tahu apa yang akan datang pada masa kini. Dan jangan lupa untuk like facebook kami di Kumpulan Kompang Syabab.

Ma ma3na Syabab?

Ala kulihal Syabab means teenagers, or known as kumpulan kompang Syabab so that is why we blog for you to easy to remember.
So far what we have done is basically nothing. We just tawakal 3alallah. Which also means that selawat kepada Nabi kita baginda rasullulillah.Ramai yang anggap kompang ini perkara yang reme-teme tetapi sebenarnya kompang adalah satu alat musik yang boleh kami gunakan untuk majlis perkahwinan atau known as majlis terbuka. Perkhidmatan kami sangat luas seperti laut namun kata baginda rasululllah hi salalallohu alaihiwassalam musik itu haram jika ia melampaui batas. Syukran jazilan. Itu sahaja yang kami ingin mengucap ribuan terima kasih pada sesiapa yang baca blog kami. Syukran hamdan Lillah.

Wednesday, March 27, 2013

Taswwur umat Islam masa kini


Apakah tasawwur orang-orang islam masa kini mengenai tuhan, manusia dan alam?

Manusia zaman kini mempunyai pemikiran yang terbuka dan fleksibel. Tetapi adakah dengan pemikiran yang demikian, manusia dapat menjamin kekuatan sesebuah akal itu dibanding dengan manusia terdahulu yang telah mencatat sejarah pembangunan sesebuah tamaddun?

Hal yang terdekat ialah orang-orang islam di singapura. Tasawwur mereka terhadap tuhan, manusia dan alam amat berbeza dengan tasawwur orang-orang islam masa silam. Mereka hanya memandang sesebuah perkara itu menerusi mata yang zahir kelihatan dengan terus mempercayai perkara tersebut dengan bersebabkan nenek moyang mereka mempercayai perkara yang sama.

Jika diungkap perkara tuhan, orang-orang kini meletakkan perkara tersebut sebagai perkara kemudian hari. Mereka lebih menumpukan tujuan mereka kepada pencapaian duniawi seperti kerjaya,harta dan kemewahan. Ini kerana kos perbelanjaan di singapura  menjangkau tahap batasan individu. Pada mereka itulah pencapaian yang sebenar harus dikejar demi menjadi manusia yang berjaya dalam kehidupan. Namun, kejayaan di dunia mahupun di akhirat ada kaitannya dengan tuhan.

Orang-orang zaman kini lebih menumpukan kepada harta dan kekayaan yang tidak kekal. Namun mereka lupa bahawa harta yang mereka kejarkan dan idamkan itu, asalnya dari Tuhan pencipta alam. Mengingati Tuhan adalah suatu perkara yang dianggap kuno dan mengkhususkannya bagi orang-orang yang lanjut usia sahaja. Dengan tanggapan bahawa mereka masih muda dan mempunyai kesihatan jasmani yang kuat, mereka lebih menumpukan kepada faktor-faktor duniawi, dengan alasan bahawa mereka masih muda dan bertenaga, mengingati agama adalah suatu perkara dikemudian hari bila menjelang lanjut usia.
Punca sedemikian berasal dari keadaan dan juga masa yang telah dipengaruhi oleh kehidupan modern.
Dengan kehidupan yang maju dan juga serba mudah, terdapat banyak kemudahan dicipta dan direka demi kegunaan manusia. Namun setiap apa yang dicipta oleh manusia itu tidakkan sama kesempurnaanya dengan Tuhan.
Apa yang diciptakan oleh manusia, mereka sendiri tidakkan pasti bahawa ianya membawa manfaat atau kemudharatan. Kadangkala apa yang diciptakan itu disangka baik, namun ianya membawa kerosakkan kepada alam. Salah satu contoh yang boleh menyebabkan kemusnahan atau kerosakkan alam iaitu alat ledakkan dan letupan(atom & nuclear) yang digunakan untuk mempertahankan pada asal tujuannya, namun disalah guna untuk kepentingan diri sendiri. Alat-alat ledakkan ini digunakan dan telah mencemarkan alam, begitu juga membawa padah kepada manusia yang terjejas. Dalam masa yang sama, terjadinya pembunuhan dan kezaliman antara sesama manusia.

Sebagai contoh, pada tahun 1945, terjadinya suatu pengeboman atom dan nuklear ke atas rakyat jepun. Sebanyak 200,000 orang mati akibat kesan bom itu dan impaknya mengakibatkan tanah dibumi itu tidak dapat lagi digunakan untuk sumber kehidupan. Terjadinya suatu pemindahan yang terbesar bagi rakyat jepun untuk memulakan kehidupanyang baru. Kesemua rakyat-rakyat jepun yang terkena sisa-sisa kesan bom itu melarat dan menanggung kesakitan seperti barah dan kesan jangka masa yang lain. Kejadian ini adalah akibat dari kelemahan hubungan antara manusia sesama manusia, namun begitu hubungan yang lemah begini juga akan menjejaskan keadaan alam. Kesan bom tersebut telah mencemarkan alam dan merosakkan lagi kewujudan semula jadi.

Apabila alam ini terjejas dari perbuatan manusia, ini bermaksud bahawa manusia telah merosakkan ciptaan Allah S.W.T. Alam ini adalah ciptaan yang semula jadi, sebagaimana diajarkan oleh islam segala asal kejadian kesemuanya berasal dari Allah S.W.T asal segala asal. Jadi harusnya manusia menjaga alam ini dengan sebaik-baiknya dan menggunakan isi-isi alam dengan penuh manfaat kerana alam adalah amanah bagi manusia dari Allah S.W.T.

Banyak lagi harus dipeka dan dijaga kerana terdapat kekurangan yang telah berlaku yang harus diperbetulkan, kerana hubungan antara orang-orang zaman kini dengan Tuhan dan alam tidaklah begitu kukuh jika dilihat secara umum.

Wednesday, March 20, 2013

Apakah inspirasi decor anda?

Tahun 2013 bilangan akad nikah terus meningkat 23% berbanding pada tahun lepas. Kami dapati ramai yang ingin bersanding secara biasa-biasa dan ada juga yang ingin majlis beliau seperti concept di Hotel. Kami di sini ingin kupaskan tentang majlis perkahwinan di bawah kolong dan di hotel ataupun 'grand ball room' dan lain lain. Terdapat banyak ruang kosong yang anda boleh tempah bagi majlis perkahwinan anda selama 2 hari atau pun 3 hari. Tentunya, kos dikenakan juga berbeza.

Ramai di antara Melayu-Islam Singapura bersanding di bawa kolong sahaja, kata puan Haslimah Jainuddin, 34 "Lebih murah dan juga lebih mudah untuk saudara mengunjungi." beliau juga tegaskan ia juga mengambil masa yang singkat untuk membuat tempahan di badan HDB untuk memaklumkan bahawa beliau ingin menggunakan ruang bawah kolong ataupun 'Multi-Purpose Hall'. Lingkungan harga tempahan jauh lebih murah daripada kelab masyarakat, hotel dan tempat tempat luar biasa.

Merujuk kepada statistik kami dan pengalaman kami, majlis di bawah kolong agak lebih rumit, tetapi ia sangat memeriahkan bagi kesuluruhan kerana suasananya seperti pasar malam atau bazaar. Malangnya bagi setiap individu udara di majlis bawah kolong amat sesak dan ia membuat tetamu kurang selesa ketika menjamu selera. Pengalaman kami pula sebegai pemain kompang kami lebih gemar membuat persembahan di bawah kolong kerana ia seperti bermain di terowong, bunyian yang digendang akan lebih merdu dan lebih kencang.

Bagi pihak kendarat pula, ia tidak ada masalah kerana si kendarat atau dikenali juga sebagai 'service staff' mempunyai pengalaman yang lebih daripada 1 tahun, kerana tugasnya juga sangat mudah hanya perlu kemaskan meja dan jaga kebersihan majlis tersebut.

Kelebihan bagi majlis perkahwinan yang berlangsung di hotel atau restaraunt pula ia datang dengan pekej, sama ada anda boleh pilih anda ingin catering mereka atau catering pilihan anda sendiri. Cara terbaik adalah ikut catering citarasa anda. Satu lagi kelebihan, di hotel ada air-con, tetamu yang datang rasa amat selesa dan juga tenang ketika menjamu selera. Kerana ruangan jalan pun juga luas dan tiada kesesakan udara. Tetapi mengikut tradisi melayu-islam di Singapura. Hotel atau 'grand ball room' terlalu grand bagi tradisi kita, dan mungkin ia tidak berberapa seronok sepanjang majlis.

Concept hotel biasanya seperti wedding dinner atau hi-tea yang agak tidak kena dengan concept persandingan tradisi kami. Bagi kami sebagai kumpulan kompang, kami kurang gemar membuat persembahan di atas pentas kerana kawasannya amat luas dan kita harus menggunakan tenaga yang lebih dan juga coordinasi yang tepat untuk memuaskan orang ramai.

Sampai di sini sahaja buat minggu ini, kami harap anda dapat satu informasi yang baru sekurang-kurangnya satu perkara. Kami mohon maaf kerana tidak update blog kami. Kami akan teruskan perjuangan kami dengan blogging, instagram, twitter dan juga facebook. Layari Facebook fan page kami di www.facebook.com/KumpulanKompangSyabab.

Saturday, January 5, 2013

Maklumat tentang perkhidmatan kami.

Selamat pagi pembaca yang sangat kami hormati. Minggu ini kami akan bincangkan tentang perkhidmatan kami lebih terperinci. Ini boleh membantu anda lebih faham dan dapat gambarkan apa yang anda akan dapat jika mengambil perkhidmatan kami.

Kompang Bertandang.

Ramai daripada pelanggan kami mengambil perkhidmatan ini kerana ia lebih jimat berbandingkan dengan "Hantar Lepas" yang kami akan bincangkan selepas ini. Kompang bertandang adalah perkhidmatan kompang sahaja tetapi kalau dari kami Kumpulan Kompang Syabab permainan rentak fusion akan diadakan sepanjang masa kita bermain kompang. Perarakan daripada pengantin lelaki. Di sini kami hanya mengarak pengantin lelaki daripada satu tempat (bawah kolong, depan rumah) ke kereta pengantin. Kemudian kami berangkat dari tempat tersebut ke tempat majlis pengantin perempuan, pada siapa yang ingin ikut boleh menaiki bas kami, Kompang Bertandang kami, menyediakan bas 45 tempat duduk.

Di majlis perempuan pula, kami akan turun di mana yang pelanggan kami hendak. Biasanya jauh sikit daripada majlis pengantin perempuan. Dari situ kami akan mulakan perarakan, ini lah masa yang paling panjang kami akan main, jadi sediakan alat rakaman anda! Apabila tiba di 'pintu masuk' majlis pengantin perempuan kami akan mula bermain Rentak Fusion yang lebih meriah. Kerana suasana di majlis tertutup dan bunyiannya lebih jelas. Di antara ini, kami akan pecah dua untuk beri laluan kepada pesilat-pesilat. Silat akan bermula apabila pengantin lelaki sudah duduk di singgah sana. Kami akan bermain rentak silat.
Biasanya, bilangan pesilat harus ganjil mengikut adat Melayu kita, satu, tiga, lima, tujuh, tiga belas pun boleh insya'allah. c:

Kami akan bergambung semula, tandanya persembahan silat sudah tamat. Disitulah permulaan persembahan dari Kumpulan Kompang Syabab. Ini lah masanya bagi mempelai, kerana titik usaha peluh kami beri tumpuan kepada persembahan untuk mempelai. Kami akan adakan harmonisation dan berunsur keagamaan. Kami akan nyanyi beramai-ramai berserta gendangan alunan irama asli. Kecuali dengan alat-alat antara bangsa. Selepas persembahan nyanyian, kami adakan persembahan kompang dan Rentak Fusion. Di sinilah kami Kumpulan Kompang Syabab akan menunjukkan permainan daripada luar negara seperti Brazil, Afrika dan tidak lupa Kompang sebagai tradisional Melayu, kami akan memberi alunan serentak, bermaksud kompang juga akan dimainkan berserta alat-alat gendang dari luar negara.
Disinilah kami akhiri persembahan kami di majlis pengantin PEREMPUAN.

Kemudian kami akan tunggu pihak pelanggan untuk pulang balik ke majlis pihak lelaki. Kami akan lakukan perkara yang sama dengan perenggan Dua dan Tiga. Cume perbezaan ialah, lagu yang kami akan persembahkan sedikit berlainan. (: Alunan rentak pula, pakar ahli-ahli gendangan selain kompang akan menukar rentak yang lain. Maksudnya, ia berlainan dengan apa yang kami main di majlis pengantin perempuan. Persembahan Kompang dan Rentak Fusion juga kami akan persembahkan.

Ini lah perkhidmatan yang kami, Kumpulan Kompang Syabab akan beri. Perkhidmatan Bertandang sama seperti kumpulan yang lain. Apa yang berbeza adalah lagu, rentak, kreativiti mereka sendiri. Kalau Kumpulan Kompang Syabab, kami adalah pakar gendangan Fusion dan Harmonisation.

Bagi perkhidmatan Hantar Lepas pula, kami mengarak kedua-dua mempelai dari bawah kolong, depan rumah hingga ke majlis perkahwinan tersebut. Cara yang kami main adalah sama seperti perkhidmatan Kompang Bertandang. Cuma hanya sekali. Dari sini, kita boleh lihat yang mana satu lebih jimat.

Perbezaan ialah, Kompang Bertandang menyediakan bas. Persembahan di dua-dua tempat lelaki dan perempuan. Hantar lepas pula hanya satu tempat dan tiada ada bas.

Jikalau ada apa persoalan yang anda ingin tanyakan. E-mail kepada kami di syabab@live.com.sg
Atau follow kami di Twitter untuk tahu tentang Kumpulan Kompang Syabab.
Like kami di Facebook Fan Page kami 'Kumpulan Kompang Syabab'.

*kami juga ada perkhidmatan yang lain seperti Nasyid, Corporate Events, Product Launch, Open houses dll.