Saturday, January 5, 2013

Maklumat tentang perkhidmatan kami.

Selamat pagi pembaca yang sangat kami hormati. Minggu ini kami akan bincangkan tentang perkhidmatan kami lebih terperinci. Ini boleh membantu anda lebih faham dan dapat gambarkan apa yang anda akan dapat jika mengambil perkhidmatan kami.

Kompang Bertandang.

Ramai daripada pelanggan kami mengambil perkhidmatan ini kerana ia lebih jimat berbandingkan dengan "Hantar Lepas" yang kami akan bincangkan selepas ini. Kompang bertandang adalah perkhidmatan kompang sahaja tetapi kalau dari kami Kumpulan Kompang Syabab permainan rentak fusion akan diadakan sepanjang masa kita bermain kompang. Perarakan daripada pengantin lelaki. Di sini kami hanya mengarak pengantin lelaki daripada satu tempat (bawah kolong, depan rumah) ke kereta pengantin. Kemudian kami berangkat dari tempat tersebut ke tempat majlis pengantin perempuan, pada siapa yang ingin ikut boleh menaiki bas kami, Kompang Bertandang kami, menyediakan bas 45 tempat duduk.

Di majlis perempuan pula, kami akan turun di mana yang pelanggan kami hendak. Biasanya jauh sikit daripada majlis pengantin perempuan. Dari situ kami akan mulakan perarakan, ini lah masa yang paling panjang kami akan main, jadi sediakan alat rakaman anda! Apabila tiba di 'pintu masuk' majlis pengantin perempuan kami akan mula bermain Rentak Fusion yang lebih meriah. Kerana suasana di majlis tertutup dan bunyiannya lebih jelas. Di antara ini, kami akan pecah dua untuk beri laluan kepada pesilat-pesilat. Silat akan bermula apabila pengantin lelaki sudah duduk di singgah sana. Kami akan bermain rentak silat.
Biasanya, bilangan pesilat harus ganjil mengikut adat Melayu kita, satu, tiga, lima, tujuh, tiga belas pun boleh insya'allah. c:

Kami akan bergambung semula, tandanya persembahan silat sudah tamat. Disitulah permulaan persembahan dari Kumpulan Kompang Syabab. Ini lah masanya bagi mempelai, kerana titik usaha peluh kami beri tumpuan kepada persembahan untuk mempelai. Kami akan adakan harmonisation dan berunsur keagamaan. Kami akan nyanyi beramai-ramai berserta gendangan alunan irama asli. Kecuali dengan alat-alat antara bangsa. Selepas persembahan nyanyian, kami adakan persembahan kompang dan Rentak Fusion. Di sinilah kami Kumpulan Kompang Syabab akan menunjukkan permainan daripada luar negara seperti Brazil, Afrika dan tidak lupa Kompang sebagai tradisional Melayu, kami akan memberi alunan serentak, bermaksud kompang juga akan dimainkan berserta alat-alat gendang dari luar negara.
Disinilah kami akhiri persembahan kami di majlis pengantin PEREMPUAN.

Kemudian kami akan tunggu pihak pelanggan untuk pulang balik ke majlis pihak lelaki. Kami akan lakukan perkara yang sama dengan perenggan Dua dan Tiga. Cume perbezaan ialah, lagu yang kami akan persembahkan sedikit berlainan. (: Alunan rentak pula, pakar ahli-ahli gendangan selain kompang akan menukar rentak yang lain. Maksudnya, ia berlainan dengan apa yang kami main di majlis pengantin perempuan. Persembahan Kompang dan Rentak Fusion juga kami akan persembahkan.

Ini lah perkhidmatan yang kami, Kumpulan Kompang Syabab akan beri. Perkhidmatan Bertandang sama seperti kumpulan yang lain. Apa yang berbeza adalah lagu, rentak, kreativiti mereka sendiri. Kalau Kumpulan Kompang Syabab, kami adalah pakar gendangan Fusion dan Harmonisation.

Bagi perkhidmatan Hantar Lepas pula, kami mengarak kedua-dua mempelai dari bawah kolong, depan rumah hingga ke majlis perkahwinan tersebut. Cara yang kami main adalah sama seperti perkhidmatan Kompang Bertandang. Cuma hanya sekali. Dari sini, kita boleh lihat yang mana satu lebih jimat.

Perbezaan ialah, Kompang Bertandang menyediakan bas. Persembahan di dua-dua tempat lelaki dan perempuan. Hantar lepas pula hanya satu tempat dan tiada ada bas.

Jikalau ada apa persoalan yang anda ingin tanyakan. E-mail kepada kami di syabab@live.com.sg
Atau follow kami di Twitter untuk tahu tentang Kumpulan Kompang Syabab.
Like kami di Facebook Fan Page kami 'Kumpulan Kompang Syabab'.

*kami juga ada perkhidmatan yang lain seperti Nasyid, Corporate Events, Product Launch, Open houses dll.

No comments:

Post a Comment