Saturday, December 29, 2012

Sekadar perkongsian tentang pemakanan di Singapura terutamanya di Majlis Perkahwinan


Salam sejahtera kepada anda. Baiklah, minggu ini kami dari Kumpulan Kompang Syabab akan kongsikan tentang makanan di majlis perkahwinan. Pada kami, sebagai sekumpulan yang pergi ke majlis kahwin seminggu dua kali. Apa yang kami telah dapati. Adela nasi minyak, nasi jagung disamping lauk pauk seperti ayam masak merah, daging rendang.
Kami pun hairan, mengapakah lauk pauk tertentu sahaja yang sering kita temui. Kenapa tidak lauk pauk berlainan. Kami lihat makanan di majlis perkahwinan ada kalanya yang berminyak. Bercolestrol tinggi. Pakar pemakanan kami dari Kumpulan Kompang Syabab iatu Encik Muhammad Kamil seorang graduate di Shatec Institutes berpendapat, makanan dikalang orang kita ini kebanyakkan berminyak. Kebanyakan berkolestrol tinggi. Kita tahu makanan yang tidak sihat. Tapi mengapakah kami tetap mengidam kan nya. Walaupun anda ambil sedikit, kolestrol yang digunakan itu adalah kolestrol yang tidak sihat. Itu lah penyebab penyakit di badan.

Dunia kini ramai yang tumpukan kepada kesihatan, perubatan, tetapi dengan hanya perubatan atau supliment yang kita ambil tidak dapat membantu seratus peratus. Sebenarnya yang dapat merawat adalah cara pemakanan kita. Asal usul manusia bergantung daripada pemakanan.
Bagaimanakah dan apakah tindakan bagi pihak catering untuk memberi makanan yang lebih sihat. Seperti beras tanpa kanji, kurangkan minyak, sukatan yang tetap. Dengan ini kami dapat jangkakan jika catering-catering perkahwinan dapat mengatasi atau membantu pelanggan mereka dengan memberi pilihan yang lebih baik seperti makanan sihat, tentunya menu akan berbeda dan bukan lagi makanan yang biasa kita lihat di majlis perkahwinan.

Paul Zane Pilzer mengatakan revolusi dunia kini lebih tumpu kepada kesihatan. Mahu tidak mahu, setiap orang akan merebuti perubatan, pemakanan yang lebih mulia. Ini kata-kata fakta. Kita harus kenali trend dunia ini. Banyak wabak-wabak penyakit dan cabaran akan ketemui, jadi apakah tindakan kita terhadap kesihatan, adakah kita masih menganggap perkara ini reme-teme?

Dari ini, pihak catering boleh membuat perubahan dalam segi menu hidangan dan juga tingkatkan taraf keunikan pihak catering dengan memberi pilihan yang lebih sihat.
Topik ini hanya setakat untuk mengongsi pendapatan. Harap-harap satu hari nanti kita dapat lihat lebih banyak makanan yang luar biasa lagi istimewa dan sihat.
Fakta 2005 telah nyatakan 1 daripada 3 akan menyidapi penyakit cancer. Kini? Tak lama lagi sudah menjelang tahun 2013. Adakah statistik itu masih sama, kurang atau meningkat?

Thursday, December 20, 2012

Trend tradisi dari seluruh dunia berasas dengan budaya Melayu dan Islam.

Apakah yang anda tahu tentang kumpulan kompang bila disoal? Tentunya anda teragak-agak. Alhamdulillah dengan kehendak Allah S.W.T. Kami ingin mengongsi apakah sebenarnya kumpulan kompang? Mungkin ada yang fikirkan kompang adalah hanya untuk bersanding. Mengiring dua mempelai dan membuat persembehan.

Sebenarnya, informasi yang anda tahu kini adalah tepat yang apa anda tahu tentang sebuah kumpulan kompang. Seperti Iringan, perhatikan iringan mereka, ramai yang masih lagi anggap kumpulan kompang di Singapura atau Malaysia adalah sesuatu perkara yang reme-teme. Tahukah anda usaha di sebalik tabir? Tahukah anda bagaimana cara memukul kompang dan menghasilkan rentak asli Melayu kita dengan jelas, terang dan merdu bunyinya. Hanya dengan iringan, ia sebenarnya menonjolkan usaha mereka, usaha setiap ahli-ahli, kerana kompang ini dimainkan dengan cara berkumpulan. Banyak cabaran-cabaran yang dihadapi bagi setiap daripada mereka untuk mengatasi, seperti persetujuan ramai, koordinasi, barang-barangan, tempat berlatihan. Soalnya, adakah ia sesuatu perkara yang tidak mempunyai tenaga dan brainstorming?

Segi persembahan pula, terpulang kepada sebuah kumpulan kompang tersebut untuk menyampaikan lagu apa. Soalnya, persembahan beramai-ramai dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Mereka berlatih dengan sedaya upaya dengan usaha daripada setiap ahli. Ia memerlukan tindakan yang luar biasa, bersepakat dan menimbang rasa terhadap satu sama lain. Dari ini, barulah terserlah bakat mereka, jika ia menepati cita rasa anda, itulah kumpulan kompang yang tepat untuk anda. Soalnya kini, bagaimana kita hendak ambil tahu tentang bagaimanakah persembahan mereka atau cara iringan yang mereka akan sampaikan ketekia membuat pertanyaan atau mengambil perkhidamatan tersebut? Kerana ianya berlaku ketika majlis. Nasihat kami, jumpalah dengan ketua kumpulan kompang itu dan tanya sebanyak soalan yang anda ingin tahu, lebih mulia lagi, anda tulis soalan anda. Supaya perbualan itu nanti tepat dengan tujuan anda dan kehendakan anda.

Kami dari Kumpulan Kompang Syabab ingin mengongsi satu perkara yang ramai belum pernah dengar bahawa kumpulan kompang bertaraf. Ada yang menyertai pertandingan-pertandingan. Dan nasihat saya, tanyalah mereka jika mereka pernah menyertai pertandingan, tidak kira juara atau saguhati, yang penting itu adalah satu tindakan mereka yang sangat luarbiasa. Fakta yang kami kajikan, masih banyak kumpulan kompang diluar tidak menyertai pertandingan. Jadi, anda sudah tahu, mana yang bakal memuaskan hati, tapi kumpulan manakah yang terbaik antara kumpulan-kumpulan yang pernah menyertai pertandingan?
Itu persoalannya, jadi ianya terpulang kepada setiap kumpulan kalau mereka hendak sampaikan perkhidmatan mereka sebelum anda membuat deposit dan sebagainya. Alhamdulillah satu ilmu yang dapat kami kongsi kepada anda buat masa ini.

Satu lagi aspek yang kami hendak tonjolkan, ialah trend. Kalau dalam segi kompang, ialah tentang trend musik, tapi ramai anggap musik ini adalah satu hiburan yang tidak mendatangkan manfaat. Sebenarnya, mesej yang kami ingin sampaikan melalui musik adalah hiburan berbatas, hiburan yang digalakkan Islam. Hiburan yang hebat tetapi membatasi. Kerana gendangan-gendangan kami atau dipanggil percussion adalah alat-alat tradisional dari luar negara, seperti Djembe yang berasal dari Africa. Tambourine yang berasal dari negara Arab dan lain lain lagi. Setiap dari alat-alat itu mempunyai budaya sendiri. Tetapi kami menghargai musik gendang tradisional di seluruh dunia kerana ianya berbatas tidak seperti guitar, viola yang boleh membuat kami hayal. Wallahu'alam.

Tingkah laku kami adalah menyesuaikan trend musik gendang tradisional dari merata dunia (fusion) dengan gendangan asli Melayu, kompang. Juga mengikuti cara Islam seperti selawat dan nasyid. Dalam segi trend musik pula (bukan musik gendangan), ialah 'acapella'. Trend kini adalah 'acapella'. Suara nyanyian yang tidak perlukan alat-alat musik.Yang lebih jelas seperti 'Chior'. Kami mempunyai ahli-ahli yang tekad untuk mencari trend dan ilmu tentang musik. Sambil itu kami jaga larangan-larangan Islam tentang hiburan. Empat hingga lima ahli-ahli daripada Kumpulan Kompang Syabab adalah pakar dalam bidang musik gendang dan berberapa yang lain pakar dalam bidang suara nyanyian. Ini lah satu informasi bagi anda atas apakah tindakan kami sebagai kumpulan kompang. Kami harap perkara yang kami kongsi ini dapat memberi idea bahawa kami bukan hanya bermain kompang. Begitu jugalah dengan kumpulan kompang yang lain di luar sana. Setiap kumpulan kompang ada 'speciality' mereka diri sendiri atau dipanggil, trademark sendiri.

Alhamdulillah syukur jika anda telah baca hingga ayat ini, kerana kami ada tips sebagai konklusi topic minggu ini khas untuk anda sebagai penghargaan masa anda membaca blog kami. Kami sebenarnya berimpian. Inilah adalah salah satu langkah besar kami, kami ingin mengongsi kepada anda Kumpulan Kompang yang ada di Singapura atau Malaysia bukan hanya perkara yang ringan dan tidak perlu beri perhatian. Tips khas daripada kami, kosongkan minda anda ketika mengambil tahu tentang sesuatu yang anda tidak pernah ambil tahu. Tak kiralah package perkahwinan ke, catering ke, decor ke, yang pentingnya, gambarkan impian, kosongkan minda, dengar dan buatlah kajian anda. Kerana kajian lah dapat memberi ada lebih pilihan yang berkualiti yang branded bukan yang breng... Awak yang cakap. Hehe. Gurau sahaja.

Terima kasih lagi sekali kerana menyokong kami dan Alhamdulillah moga blog ini dapat memberi anda suatau perkara yang baharu. Follow kami di Twitter @TeamSyabab atau e-mail kepada kami di syabab@live.com.sg tentang apakah topic tentang apa kami akan bincangkan pada minggu hadapan ataupun soalan-soalan yang anda ingin bertanya dan insya'allah kami akan menjawabnya melalui blog kami.

Monday, December 10, 2012

Mengapakah harga kompang mahal?

Assalamu'alaikum Warrahmatullahi Wabarakatu.

Sudah lama tidak beri salam dengan sepenuhnya. Astaghfirullah. Baiklah, minggu ini kami akan bincangkan tentang mengapakah harga kompang mahal? Apakah harga yang berpatutan? Dan yang paling penting sekali, kemanakah duit anda pergi sebenarnya apabila mengambil perkhidmatan kompang. Tajuk pada hari ini, apakah cara-cara untuk mengtahui harga yang diberi itu adalah untuk kumpulan kompang tersebut.

Ekonomi di Singapura semangkin meningkat. Harga kopi kini bukan lagi 70 sen malah hampir dua kali ganda. Kami harus sedar harga barang-barangan atau khidmat akan sentiasa naik. Dunia ini semakin ramai dan apabila semakin ramai, semakin banyak permintaan, dari sudut itu. Harga pun naik. Kompang boleh bertahan selama dua atau tiga tahun. Kompang sebiji kini harga dalam sekitaran SGD 30 hingga SGD 45. Kalau 10 biji dah SGD 300. Duit yang anda bayar akan pergi ke tenega dan titik peluh ahli dan kelebihannya akan disimpan buat keperluan kepada satu kumpulan, duit baju, tempat berlatihan, duit alat music seperti jidur dan lain lain lagi yang perlu untuk satu kumpulan itu berdiri tegak. Barang-barang ini seperti mana kita tahu, akan rosak dan reput. Ia perlu digantikan yang baru pada akhirnya dan ianya perlu duit.

Tanpa anda atau tanpa majlis perkahwinan, kumpulan kumpulan kompang tidak dapat menahan. Jadi apa yang anda bayar sebenarnya ialah untuk mempertahankan seni kompang. Setuju?
Ini adalah satu fakta dari segi barang dan peralatan untuk suatu kumpulan itu bertahan.


Mengapakah ada yang mahal dan ada yang murah? Harga satu kumpulan itu detetapkan oleh ketua mereka. Bayangkan kalau anda menjual dodol. Siapa yang tetapkan harga dodol tersebut? Kalau gula yang anda pakai itu mahal pastinya harga dodol anda dapat mengatasi modal anda. Begitu juga dengan kompang, harga ditetapkan dengan kualiti yang mereka beri, usaha rekaan rentak dan lagu dari mereka. Ada kumpulan yang menggunakan gamelan, jidur ada juga yang menggunakan agogo bell.
Hanya mengtahui harga perkhidmatan sebuah kumpulan itu kami boleh dapat jangkakan apa perkhidmatan yang akan mereka beri. Contohnya, seperti harga handphone, anda sudah pikir sebelum anda baca seterusnya, cuba bayangkan kalau satu handphone itu bernilai SGD 70. Handphone apakah dalam minda anda sekarang? Kalau yang SGD 1000 handphone price? Handphone apakah yang anda dalam minda anda? Pastinya handphone yang lebih canggih daripada SGD 70. Begitu juga lah dengan perkhidmatan kompang. Anda boleh bayangkan perkhidmatan kompang jika anda bayar SGD 200 atau yang SGD 900. Pastinya berbeza dan majlis perkahwinan selalunya tidak akan diulang. Ia hanya berlaku sekali sehaja bagi pengantin dan saudara-saudara mereka. Pilihlah yang menepati citarasa anda. Ia akan menjadi suatu perkara yang anda mungkin tidak boleh dilupakan dengan pilihan anda. Seperti kumpulan kompang yang memberi perkhidmatan yang luar biasa.

Lagi satu tips daripada kami. Saya bagi satu contoh sebelum saya beri penerangan lebih lanjut. Cuba anda pejam mata dan bayangkan. Okay jangan pejam, tak dapat baca pula nanti. Cuba anda bayangkan anda ingin membeli sebuah kereta. Adakah anda suruh orang lain beli atau anda pergi keluar mencari kereta impian anda? Begitu juga dengan kompang, tetapi kereta tersebut ada sebuah kedai. Kalau kompang? Ada ke kedai? Baiklah, ramai yang mendapat perkhidmatan kompang melalui wedding planner, events planner dan mereka akan mendapatkan kumpulan kompang yang terbaik bagi seseorang iatu wedding planner atau events planner tersebut itu, bagai manakah anda? Adakah anda tahu kumpulan kompang tersebut menepati citarasa anda? Satu kekurangan ialah, harga yang ditetapkan oleh wedding planner atau events planner mungkin bukan harga yang ditetapkan kompang kumpulan tersebut malah planner anda yang tetapkan mungkin ada yang tetapkan harga lebih tinggi. Wallahu'alam. Cara yang anda boleh lakukan untuk mencari kumpulan kompang manakah yang anda inginkan, salah satu cara ialah melalui rakan-rakan anda, teman teman anda, saudara mara. Mereka akan beri cadangan kerena mereka tahu sesuatu kumpulan kompang itu dan pernah lihat mereka. Cara yang lebih mudah adalah melalui internet. Anda boleh search di www.google.com dan pilihlah kumpulan kumpulan kompang yang terpapar di laman web seperti www.kahwin-khronicles.com di dalam katagori 'directory'. Website tersebut mempaparkan pelbagai kumpulan kompang di Singapura. Yang terbaik ialah isi kandungan kumpulan kompang itu di internet seperti Facebook, Twittter dan lain-lain lagi. Selamat mencari.

Konklusi bagi tajuk ini, Kumpulan Kompang di Singapura bukan sekadar bermain kompang. Mereka juga beruasaha untuk memperkukuhkan seni kompang di seluruh Singapura. Harga yang Kumpulan Kompang tetapkan tidaklah mahal. Ia seperti yang saya katakan tadi tentang handphone. :)

Kami dari Kumpulan Kompang Syabab ingin mengongsi perkara yang dapat anda menyelesaikan dan menjawab sebarang pertanyaan anda. Jika anda ada soalan mengenai tajuk ini atau sebelumnya anda boleh e-mail feedback anda di syabab@live.com.sg atau Facebook message di fan page kami, Kumpulan Kompang Syabab.
Anda juga boleh memberi pendapat atau memberi soalan anda kepada kami melalui Facebook Fan Page kami iatu http://facebook.com/kumpulankompangsyabab atau e-mail tadi kepada kami.

Sebarang soalan atau feedback handa sangat kami hargai. Terima kasih.

Kita jumpa lagi di minggu hadapan untuk topik yang seterusnya. Kalau hendak tahu topik apakah yang bakal kami bincangkan follow kami di Twitter @teamsyabab.


Tuesday, December 4, 2012

Tiga Tips Mengenal Pasti Kumpulan Kompang Yang Proffesional

Selamat Pagi Singapura! Inilah kali pertama kami untuk kongsi atau share apa pendapat-pendapat kami tentang sebuah tajuk setiap minggu. Tajuk yang akan kami bincangkan pada minggu ini tidak lah sebanyak mana. Kami sangat gembira kerana membabitkan diri kami di blogger atau dikenali sebagai Blog.

Kami ingin mengucap terima kasih kepada anda yang setia menyokong kami dan pada anda yang pernah melihat kami 'in-action'. Tahniah. Kerana ramai lagi yang masih belum update.

Baiklah, mari kita sentuh sedikit tentang bagaimana untuk mengenal pasti Kumpulan Kompang yang proffesional ataupun yang mahir, ia boleh menyelesaikan masalah anda mencari kumpulan kompang yang hebat. Insya'allah.

Terdapat banyak aspek untuk mengenal pasti kumpulan manakah yang proffesional. Kami dari Kumpulan Kompang Syabab ingin mengongsi tiga cara atau tiga tips untuk mengenal pasti.

Yang PERTAMA:
Wajah mereka.
Yes, serious. Memang anda boleh lihat di wajah mereka sama ada mereka sudah penat bermain bertahun-tahun atau sangat gembira kerana baru bermula ataupun bermain kompang adalah PASSION mereka.Setiap kumpulan ada trademark diri mereka masing-masing. Ada yang muka serius, kerana tanda menghormat majlis orang kahwin dan juga menjaga disiplin kumpulan itu. Ada yang bersuka ria, senyum lebar sampai nampak gigi kerana terlalu gembira untuk memberi yang terbaik. Senyum atau tidak, mereka beruasaha untuk memberi yang terbaik. Yang lagi mulia, senyumlah, nampak ceria sikit, mereka adalah sekumpulan kompang yang suka untuk berkhidmat dan minat terhadap kompang.
Jadi, apakah wajah yang tidak professional?
Bukan tidak proffesional, kadang kala ada ahli-ahli baru, yang ingin belajar dan mengambil pengalaman untuk bermain kompang, mesti lah muka serius. Belajar harus tekun. Tidak semestinye tak senyum tak proffesional pula.
Tambahan pula, kalau anda yang inginkan kompang, buatlah kajian anda. Temujanji kepada beberapa ketua kompang dan lihatlah apa mereka sampaikan. Adakah mereka tak sabar nak close deal? Atau adakah mereka ingin mendengar daripada anda? Atau ada yang gagap? Guarau sahaja. Dari segi temujanji untuk mendapatkan khidmat kompang adalah terbaik untuk mengenal pasti kumpulan itu pada awalnya.

Hari ini, ramai yang close deal melalui telefon atau medium internet. Pada pendapat kami, kumpulan kompang itu tidak dapat meyakinkan costumer mereka, jika costumer itu baru atau first time kahwin. :)
Peneutup untuk TIPS pertama ialah, buatlah temujanji kepada kumpulan kompang yang anda minati dan tanyalah soalan-soalan yang anda pendam selama ini.Hehehe. Pada masa yang sama, ia dapat mengelakan was-was dan juga untuk memberi anda idea yang lengkap apa mereka akan memberi.

Yang KEDUA:
Mulut orang ramai.
"Eh korang tahu tak Note II?"  Yang mempromosikan bukan tauke Samsung. Betul betul? Betul. Orang ramai yang cakap Note II bagus dan hebat. Begitu juga lah orang ramai menggunakan Note II. Nak beli Note II lah.
Tanyalah rakan-rakan anda atau saudara anda atau sesiapapun, pernah kah anda dengar kumpulan kompang A? Dan dengar dengan teliti apa feedback mereka. Ada yang pernah dengar nama kumpulan kompang, tetapi tak pernah lihat persembahan mereka.
Anda juga boleh rujuk ke YouTube tentang kumpulan kompang yang anda inginkan, tetapi dengan kajian kami, kualiti video kompang di Singapura di YouTube tidak begitu jelas. Dengan ini kami ingin kongsi bahawa, suara atau bunyian kompang di YouTube bertukar dengan bunyian yang sebenar. Pendek kata, bunyiannya tidak begitu sama dengan apa yang dipermainkan secara langsung atau live. Apa yang anda dengar itu mungkin berlainan bila live nanti.

Jadi, makin ramai anda dengar kumpulan kompang A ni bagus. Mustahil anda akan pilih kumpulan kompang B sebab anda hanya dengar kumpulan kompang A sahaja yang bagus. Ia satu perkara yang bijak, kumpulan kompang A ini sebenarnya berjaya untuk membuat orang ramai cakap tentang beliau. Tahniah kumpulan kompang A. Apa Facebook awak eh? Hehe. Garau jugaaak ni.
Penutup untuk TIPS kedua ialah, tanyalah rakan-rakan rapat atau saudara-mara anda tentang kumpulan kompang apakah mereka recommendkan untuk anda.

Tips TERAKHIR:
Harga.
"AMBOI MAHALNYA" Tuan harus faham. Ekonomi di Singapura tidak tentu. Alat-alat dan baju sekarang bukan murah. Kalau harga kumpulan kompang B ni $50. Kompang apa mereka gunakan? Kami harap anda faham apa yang kami ingin sampaikan.
Harga merupakan suatu value yang satu kumpang kompang beri. Harga berkanaan harus sama dengan apa yang diberikan. Atau bahasa inggeris, "worth it".
Saya bagi satu contoh.
Berbandingkan NOKIA 3300 dan Samsung Galaxy Note II. Mana satu yang anda pilih? Tentulah yang terbaik, dan harga Samsing Galaxy Note II bukan $40 seperti NOKIA 3300. Justeru, terpulang juga bagaimana satu kumpulan kompang itu meletak harga mereka. AWAS, jangan terbeli NOKIA yang harga $1000. Kene tipu pula. Anda juga ingin "try" Note II sebelum membelinya kan? Cadangan saya, tak payah lagi nak try. Dah terbukti ramai orang pakai. Grab je lah. :)

Hari ini, harga kompang di Singapura di antara $400 - $1200. Ada yang lebih. Dahsyat tu persembahan mereka. Tetapi nasihat kami, ikut budget anda. Jika beruntung, ikutlah citarasa anda.
Penutup untuk TIPS terakhir, harga adalah satu perkara yang juga boleh kenal pasti kedudukan satu kumpulan kompang itu.


Alhamdulillah, setakat ini itu sahajalah yang kami ingin kongsi kepada anda semua, Kami akan memberi tips-tips tentang kompang atau perkahwinan di Blog ini setiap minggu. Jika anda baca sehingga baris ini, saya ada satu TIPS special dan tips ini adalah cara yang paling mudah untuk mengenal pasti kumpulan kompang itu.
Tipsnya ialah, FACEBOOK. Layari Facebook kumpulan kompang ABC dan anda boleh lihat adakah mereka selalu update? Adakah mereka selalu member pandangan? Saya serahkan pada anda bagaimana cara-cara untuk mengenal pasti sekumpulan kompang melalui Facebook. Tahniah kepada anda dan terima kasih! Anda boleh hubungi kami topic atau tajuk yang anda ingin lihat pada minggu hadapan.