Wednesday, March 27, 2013

Taswwur umat Islam masa kini


Apakah tasawwur orang-orang islam masa kini mengenai tuhan, manusia dan alam?

Manusia zaman kini mempunyai pemikiran yang terbuka dan fleksibel. Tetapi adakah dengan pemikiran yang demikian, manusia dapat menjamin kekuatan sesebuah akal itu dibanding dengan manusia terdahulu yang telah mencatat sejarah pembangunan sesebuah tamaddun?

Hal yang terdekat ialah orang-orang islam di singapura. Tasawwur mereka terhadap tuhan, manusia dan alam amat berbeza dengan tasawwur orang-orang islam masa silam. Mereka hanya memandang sesebuah perkara itu menerusi mata yang zahir kelihatan dengan terus mempercayai perkara tersebut dengan bersebabkan nenek moyang mereka mempercayai perkara yang sama.

Jika diungkap perkara tuhan, orang-orang kini meletakkan perkara tersebut sebagai perkara kemudian hari. Mereka lebih menumpukan tujuan mereka kepada pencapaian duniawi seperti kerjaya,harta dan kemewahan. Ini kerana kos perbelanjaan di singapura  menjangkau tahap batasan individu. Pada mereka itulah pencapaian yang sebenar harus dikejar demi menjadi manusia yang berjaya dalam kehidupan. Namun, kejayaan di dunia mahupun di akhirat ada kaitannya dengan tuhan.

Orang-orang zaman kini lebih menumpukan kepada harta dan kekayaan yang tidak kekal. Namun mereka lupa bahawa harta yang mereka kejarkan dan idamkan itu, asalnya dari Tuhan pencipta alam. Mengingati Tuhan adalah suatu perkara yang dianggap kuno dan mengkhususkannya bagi orang-orang yang lanjut usia sahaja. Dengan tanggapan bahawa mereka masih muda dan mempunyai kesihatan jasmani yang kuat, mereka lebih menumpukan kepada faktor-faktor duniawi, dengan alasan bahawa mereka masih muda dan bertenaga, mengingati agama adalah suatu perkara dikemudian hari bila menjelang lanjut usia.
Punca sedemikian berasal dari keadaan dan juga masa yang telah dipengaruhi oleh kehidupan modern.
Dengan kehidupan yang maju dan juga serba mudah, terdapat banyak kemudahan dicipta dan direka demi kegunaan manusia. Namun setiap apa yang dicipta oleh manusia itu tidakkan sama kesempurnaanya dengan Tuhan.
Apa yang diciptakan oleh manusia, mereka sendiri tidakkan pasti bahawa ianya membawa manfaat atau kemudharatan. Kadangkala apa yang diciptakan itu disangka baik, namun ianya membawa kerosakkan kepada alam. Salah satu contoh yang boleh menyebabkan kemusnahan atau kerosakkan alam iaitu alat ledakkan dan letupan(atom & nuclear) yang digunakan untuk mempertahankan pada asal tujuannya, namun disalah guna untuk kepentingan diri sendiri. Alat-alat ledakkan ini digunakan dan telah mencemarkan alam, begitu juga membawa padah kepada manusia yang terjejas. Dalam masa yang sama, terjadinya pembunuhan dan kezaliman antara sesama manusia.

Sebagai contoh, pada tahun 1945, terjadinya suatu pengeboman atom dan nuklear ke atas rakyat jepun. Sebanyak 200,000 orang mati akibat kesan bom itu dan impaknya mengakibatkan tanah dibumi itu tidak dapat lagi digunakan untuk sumber kehidupan. Terjadinya suatu pemindahan yang terbesar bagi rakyat jepun untuk memulakan kehidupanyang baru. Kesemua rakyat-rakyat jepun yang terkena sisa-sisa kesan bom itu melarat dan menanggung kesakitan seperti barah dan kesan jangka masa yang lain. Kejadian ini adalah akibat dari kelemahan hubungan antara manusia sesama manusia, namun begitu hubungan yang lemah begini juga akan menjejaskan keadaan alam. Kesan bom tersebut telah mencemarkan alam dan merosakkan lagi kewujudan semula jadi.

Apabila alam ini terjejas dari perbuatan manusia, ini bermaksud bahawa manusia telah merosakkan ciptaan Allah S.W.T. Alam ini adalah ciptaan yang semula jadi, sebagaimana diajarkan oleh islam segala asal kejadian kesemuanya berasal dari Allah S.W.T asal segala asal. Jadi harusnya manusia menjaga alam ini dengan sebaik-baiknya dan menggunakan isi-isi alam dengan penuh manfaat kerana alam adalah amanah bagi manusia dari Allah S.W.T.

Banyak lagi harus dipeka dan dijaga kerana terdapat kekurangan yang telah berlaku yang harus diperbetulkan, kerana hubungan antara orang-orang zaman kini dengan Tuhan dan alam tidaklah begitu kukuh jika dilihat secara umum.

No comments:

Post a Comment