Wednesday, March 20, 2013

Apakah inspirasi decor anda?

Tahun 2013 bilangan akad nikah terus meningkat 23% berbanding pada tahun lepas. Kami dapati ramai yang ingin bersanding secara biasa-biasa dan ada juga yang ingin majlis beliau seperti concept di Hotel. Kami di sini ingin kupaskan tentang majlis perkahwinan di bawah kolong dan di hotel ataupun 'grand ball room' dan lain lain. Terdapat banyak ruang kosong yang anda boleh tempah bagi majlis perkahwinan anda selama 2 hari atau pun 3 hari. Tentunya, kos dikenakan juga berbeza.

Ramai di antara Melayu-Islam Singapura bersanding di bawa kolong sahaja, kata puan Haslimah Jainuddin, 34 "Lebih murah dan juga lebih mudah untuk saudara mengunjungi." beliau juga tegaskan ia juga mengambil masa yang singkat untuk membuat tempahan di badan HDB untuk memaklumkan bahawa beliau ingin menggunakan ruang bawah kolong ataupun 'Multi-Purpose Hall'. Lingkungan harga tempahan jauh lebih murah daripada kelab masyarakat, hotel dan tempat tempat luar biasa.

Merujuk kepada statistik kami dan pengalaman kami, majlis di bawah kolong agak lebih rumit, tetapi ia sangat memeriahkan bagi kesuluruhan kerana suasananya seperti pasar malam atau bazaar. Malangnya bagi setiap individu udara di majlis bawah kolong amat sesak dan ia membuat tetamu kurang selesa ketika menjamu selera. Pengalaman kami pula sebegai pemain kompang kami lebih gemar membuat persembahan di bawah kolong kerana ia seperti bermain di terowong, bunyian yang digendang akan lebih merdu dan lebih kencang.

Bagi pihak kendarat pula, ia tidak ada masalah kerana si kendarat atau dikenali juga sebagai 'service staff' mempunyai pengalaman yang lebih daripada 1 tahun, kerana tugasnya juga sangat mudah hanya perlu kemaskan meja dan jaga kebersihan majlis tersebut.

Kelebihan bagi majlis perkahwinan yang berlangsung di hotel atau restaraunt pula ia datang dengan pekej, sama ada anda boleh pilih anda ingin catering mereka atau catering pilihan anda sendiri. Cara terbaik adalah ikut catering citarasa anda. Satu lagi kelebihan, di hotel ada air-con, tetamu yang datang rasa amat selesa dan juga tenang ketika menjamu selera. Kerana ruangan jalan pun juga luas dan tiada kesesakan udara. Tetapi mengikut tradisi melayu-islam di Singapura. Hotel atau 'grand ball room' terlalu grand bagi tradisi kita, dan mungkin ia tidak berberapa seronok sepanjang majlis.

Concept hotel biasanya seperti wedding dinner atau hi-tea yang agak tidak kena dengan concept persandingan tradisi kami. Bagi kami sebagai kumpulan kompang, kami kurang gemar membuat persembahan di atas pentas kerana kawasannya amat luas dan kita harus menggunakan tenaga yang lebih dan juga coordinasi yang tepat untuk memuaskan orang ramai.

Sampai di sini sahaja buat minggu ini, kami harap anda dapat satu informasi yang baru sekurang-kurangnya satu perkara. Kami mohon maaf kerana tidak update blog kami. Kami akan teruskan perjuangan kami dengan blogging, instagram, twitter dan juga facebook. Layari Facebook fan page kami di www.facebook.com/KumpulanKompangSyabab.

No comments:

Post a Comment