Thursday, December 20, 2012

Trend tradisi dari seluruh dunia berasas dengan budaya Melayu dan Islam.

Apakah yang anda tahu tentang kumpulan kompang bila disoal? Tentunya anda teragak-agak. Alhamdulillah dengan kehendak Allah S.W.T. Kami ingin mengongsi apakah sebenarnya kumpulan kompang? Mungkin ada yang fikirkan kompang adalah hanya untuk bersanding. Mengiring dua mempelai dan membuat persembehan.

Sebenarnya, informasi yang anda tahu kini adalah tepat yang apa anda tahu tentang sebuah kumpulan kompang. Seperti Iringan, perhatikan iringan mereka, ramai yang masih lagi anggap kumpulan kompang di Singapura atau Malaysia adalah sesuatu perkara yang reme-teme. Tahukah anda usaha di sebalik tabir? Tahukah anda bagaimana cara memukul kompang dan menghasilkan rentak asli Melayu kita dengan jelas, terang dan merdu bunyinya. Hanya dengan iringan, ia sebenarnya menonjolkan usaha mereka, usaha setiap ahli-ahli, kerana kompang ini dimainkan dengan cara berkumpulan. Banyak cabaran-cabaran yang dihadapi bagi setiap daripada mereka untuk mengatasi, seperti persetujuan ramai, koordinasi, barang-barangan, tempat berlatihan. Soalnya, adakah ia sesuatu perkara yang tidak mempunyai tenaga dan brainstorming?

Segi persembahan pula, terpulang kepada sebuah kumpulan kompang tersebut untuk menyampaikan lagu apa. Soalnya, persembahan beramai-ramai dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Mereka berlatih dengan sedaya upaya dengan usaha daripada setiap ahli. Ia memerlukan tindakan yang luar biasa, bersepakat dan menimbang rasa terhadap satu sama lain. Dari ini, barulah terserlah bakat mereka, jika ia menepati cita rasa anda, itulah kumpulan kompang yang tepat untuk anda. Soalnya kini, bagaimana kita hendak ambil tahu tentang bagaimanakah persembahan mereka atau cara iringan yang mereka akan sampaikan ketekia membuat pertanyaan atau mengambil perkhidamatan tersebut? Kerana ianya berlaku ketika majlis. Nasihat kami, jumpalah dengan ketua kumpulan kompang itu dan tanya sebanyak soalan yang anda ingin tahu, lebih mulia lagi, anda tulis soalan anda. Supaya perbualan itu nanti tepat dengan tujuan anda dan kehendakan anda.

Kami dari Kumpulan Kompang Syabab ingin mengongsi satu perkara yang ramai belum pernah dengar bahawa kumpulan kompang bertaraf. Ada yang menyertai pertandingan-pertandingan. Dan nasihat saya, tanyalah mereka jika mereka pernah menyertai pertandingan, tidak kira juara atau saguhati, yang penting itu adalah satu tindakan mereka yang sangat luarbiasa. Fakta yang kami kajikan, masih banyak kumpulan kompang diluar tidak menyertai pertandingan. Jadi, anda sudah tahu, mana yang bakal memuaskan hati, tapi kumpulan manakah yang terbaik antara kumpulan-kumpulan yang pernah menyertai pertandingan?
Itu persoalannya, jadi ianya terpulang kepada setiap kumpulan kalau mereka hendak sampaikan perkhidmatan mereka sebelum anda membuat deposit dan sebagainya. Alhamdulillah satu ilmu yang dapat kami kongsi kepada anda buat masa ini.

Satu lagi aspek yang kami hendak tonjolkan, ialah trend. Kalau dalam segi kompang, ialah tentang trend musik, tapi ramai anggap musik ini adalah satu hiburan yang tidak mendatangkan manfaat. Sebenarnya, mesej yang kami ingin sampaikan melalui musik adalah hiburan berbatas, hiburan yang digalakkan Islam. Hiburan yang hebat tetapi membatasi. Kerana gendangan-gendangan kami atau dipanggil percussion adalah alat-alat tradisional dari luar negara, seperti Djembe yang berasal dari Africa. Tambourine yang berasal dari negara Arab dan lain lain lagi. Setiap dari alat-alat itu mempunyai budaya sendiri. Tetapi kami menghargai musik gendang tradisional di seluruh dunia kerana ianya berbatas tidak seperti guitar, viola yang boleh membuat kami hayal. Wallahu'alam.

Tingkah laku kami adalah menyesuaikan trend musik gendang tradisional dari merata dunia (fusion) dengan gendangan asli Melayu, kompang. Juga mengikuti cara Islam seperti selawat dan nasyid. Dalam segi trend musik pula (bukan musik gendangan), ialah 'acapella'. Trend kini adalah 'acapella'. Suara nyanyian yang tidak perlukan alat-alat musik.Yang lebih jelas seperti 'Chior'. Kami mempunyai ahli-ahli yang tekad untuk mencari trend dan ilmu tentang musik. Sambil itu kami jaga larangan-larangan Islam tentang hiburan. Empat hingga lima ahli-ahli daripada Kumpulan Kompang Syabab adalah pakar dalam bidang musik gendang dan berberapa yang lain pakar dalam bidang suara nyanyian. Ini lah satu informasi bagi anda atas apakah tindakan kami sebagai kumpulan kompang. Kami harap perkara yang kami kongsi ini dapat memberi idea bahawa kami bukan hanya bermain kompang. Begitu jugalah dengan kumpulan kompang yang lain di luar sana. Setiap kumpulan kompang ada 'speciality' mereka diri sendiri atau dipanggil, trademark sendiri.

Alhamdulillah syukur jika anda telah baca hingga ayat ini, kerana kami ada tips sebagai konklusi topic minggu ini khas untuk anda sebagai penghargaan masa anda membaca blog kami. Kami sebenarnya berimpian. Inilah adalah salah satu langkah besar kami, kami ingin mengongsi kepada anda Kumpulan Kompang yang ada di Singapura atau Malaysia bukan hanya perkara yang ringan dan tidak perlu beri perhatian. Tips khas daripada kami, kosongkan minda anda ketika mengambil tahu tentang sesuatu yang anda tidak pernah ambil tahu. Tak kiralah package perkahwinan ke, catering ke, decor ke, yang pentingnya, gambarkan impian, kosongkan minda, dengar dan buatlah kajian anda. Kerana kajian lah dapat memberi ada lebih pilihan yang berkualiti yang branded bukan yang breng... Awak yang cakap. Hehe. Gurau sahaja.

Terima kasih lagi sekali kerana menyokong kami dan Alhamdulillah moga blog ini dapat memberi anda suatau perkara yang baharu. Follow kami di Twitter @TeamSyabab atau e-mail kepada kami di syabab@live.com.sg tentang apakah topic tentang apa kami akan bincangkan pada minggu hadapan ataupun soalan-soalan yang anda ingin bertanya dan insya'allah kami akan menjawabnya melalui blog kami.

No comments:

Post a Comment