Monday, December 10, 2012

Mengapakah harga kompang mahal?

Assalamu'alaikum Warrahmatullahi Wabarakatu.

Sudah lama tidak beri salam dengan sepenuhnya. Astaghfirullah. Baiklah, minggu ini kami akan bincangkan tentang mengapakah harga kompang mahal? Apakah harga yang berpatutan? Dan yang paling penting sekali, kemanakah duit anda pergi sebenarnya apabila mengambil perkhidmatan kompang. Tajuk pada hari ini, apakah cara-cara untuk mengtahui harga yang diberi itu adalah untuk kumpulan kompang tersebut.

Ekonomi di Singapura semangkin meningkat. Harga kopi kini bukan lagi 70 sen malah hampir dua kali ganda. Kami harus sedar harga barang-barangan atau khidmat akan sentiasa naik. Dunia ini semakin ramai dan apabila semakin ramai, semakin banyak permintaan, dari sudut itu. Harga pun naik. Kompang boleh bertahan selama dua atau tiga tahun. Kompang sebiji kini harga dalam sekitaran SGD 30 hingga SGD 45. Kalau 10 biji dah SGD 300. Duit yang anda bayar akan pergi ke tenega dan titik peluh ahli dan kelebihannya akan disimpan buat keperluan kepada satu kumpulan, duit baju, tempat berlatihan, duit alat music seperti jidur dan lain lain lagi yang perlu untuk satu kumpulan itu berdiri tegak. Barang-barang ini seperti mana kita tahu, akan rosak dan reput. Ia perlu digantikan yang baru pada akhirnya dan ianya perlu duit.

Tanpa anda atau tanpa majlis perkahwinan, kumpulan kumpulan kompang tidak dapat menahan. Jadi apa yang anda bayar sebenarnya ialah untuk mempertahankan seni kompang. Setuju?
Ini adalah satu fakta dari segi barang dan peralatan untuk suatu kumpulan itu bertahan.


Mengapakah ada yang mahal dan ada yang murah? Harga satu kumpulan itu detetapkan oleh ketua mereka. Bayangkan kalau anda menjual dodol. Siapa yang tetapkan harga dodol tersebut? Kalau gula yang anda pakai itu mahal pastinya harga dodol anda dapat mengatasi modal anda. Begitu juga dengan kompang, harga ditetapkan dengan kualiti yang mereka beri, usaha rekaan rentak dan lagu dari mereka. Ada kumpulan yang menggunakan gamelan, jidur ada juga yang menggunakan agogo bell.
Hanya mengtahui harga perkhidmatan sebuah kumpulan itu kami boleh dapat jangkakan apa perkhidmatan yang akan mereka beri. Contohnya, seperti harga handphone, anda sudah pikir sebelum anda baca seterusnya, cuba bayangkan kalau satu handphone itu bernilai SGD 70. Handphone apakah dalam minda anda sekarang? Kalau yang SGD 1000 handphone price? Handphone apakah yang anda dalam minda anda? Pastinya handphone yang lebih canggih daripada SGD 70. Begitu juga lah dengan perkhidmatan kompang. Anda boleh bayangkan perkhidmatan kompang jika anda bayar SGD 200 atau yang SGD 900. Pastinya berbeza dan majlis perkahwinan selalunya tidak akan diulang. Ia hanya berlaku sekali sehaja bagi pengantin dan saudara-saudara mereka. Pilihlah yang menepati citarasa anda. Ia akan menjadi suatu perkara yang anda mungkin tidak boleh dilupakan dengan pilihan anda. Seperti kumpulan kompang yang memberi perkhidmatan yang luar biasa.

Lagi satu tips daripada kami. Saya bagi satu contoh sebelum saya beri penerangan lebih lanjut. Cuba anda pejam mata dan bayangkan. Okay jangan pejam, tak dapat baca pula nanti. Cuba anda bayangkan anda ingin membeli sebuah kereta. Adakah anda suruh orang lain beli atau anda pergi keluar mencari kereta impian anda? Begitu juga dengan kompang, tetapi kereta tersebut ada sebuah kedai. Kalau kompang? Ada ke kedai? Baiklah, ramai yang mendapat perkhidmatan kompang melalui wedding planner, events planner dan mereka akan mendapatkan kumpulan kompang yang terbaik bagi seseorang iatu wedding planner atau events planner tersebut itu, bagai manakah anda? Adakah anda tahu kumpulan kompang tersebut menepati citarasa anda? Satu kekurangan ialah, harga yang ditetapkan oleh wedding planner atau events planner mungkin bukan harga yang ditetapkan kompang kumpulan tersebut malah planner anda yang tetapkan mungkin ada yang tetapkan harga lebih tinggi. Wallahu'alam. Cara yang anda boleh lakukan untuk mencari kumpulan kompang manakah yang anda inginkan, salah satu cara ialah melalui rakan-rakan anda, teman teman anda, saudara mara. Mereka akan beri cadangan kerena mereka tahu sesuatu kumpulan kompang itu dan pernah lihat mereka. Cara yang lebih mudah adalah melalui internet. Anda boleh search di www.google.com dan pilihlah kumpulan kumpulan kompang yang terpapar di laman web seperti www.kahwin-khronicles.com di dalam katagori 'directory'. Website tersebut mempaparkan pelbagai kumpulan kompang di Singapura. Yang terbaik ialah isi kandungan kumpulan kompang itu di internet seperti Facebook, Twittter dan lain-lain lagi. Selamat mencari.

Konklusi bagi tajuk ini, Kumpulan Kompang di Singapura bukan sekadar bermain kompang. Mereka juga beruasaha untuk memperkukuhkan seni kompang di seluruh Singapura. Harga yang Kumpulan Kompang tetapkan tidaklah mahal. Ia seperti yang saya katakan tadi tentang handphone. :)

Kami dari Kumpulan Kompang Syabab ingin mengongsi perkara yang dapat anda menyelesaikan dan menjawab sebarang pertanyaan anda. Jika anda ada soalan mengenai tajuk ini atau sebelumnya anda boleh e-mail feedback anda di syabab@live.com.sg atau Facebook message di fan page kami, Kumpulan Kompang Syabab.
Anda juga boleh memberi pendapat atau memberi soalan anda kepada kami melalui Facebook Fan Page kami iatu http://facebook.com/kumpulankompangsyabab atau e-mail tadi kepada kami.

Sebarang soalan atau feedback handa sangat kami hargai. Terima kasih.

Kita jumpa lagi di minggu hadapan untuk topik yang seterusnya. Kalau hendak tahu topik apakah yang bakal kami bincangkan follow kami di Twitter @teamsyabab.


2 comments: